Ramli dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Ramli dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat

KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdi Wan Ismail mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Katanya, pelantikan itu adalah pengiktirafan tertinggi yang membuktikan kemampuan pemimpin Orang Asli untuk menggalas tugas dan amanah penting untuk tanah air.

“Tahniah Yang Berhormat (YB) Ramli, Ahli Parlimen Cameron Highlands atas pelantikan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Semoga YB Ramli dapat menjalankan amanah ini dan menguruskan perbahasan di Dewan Rakyat dengan adil dan bijaksana,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN