KUANTAN: Sekurang-kurangnya 62 Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) daerah ini menerima RM500 seorang, semalam.
Sumbangan itu disalurkan menerusi Bantuan Khas Aidilfitri daripada Kerajaan Pahang sebagai penghargaan kepada Pengerusi JPKK.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, berkata bantuan itu diharap menceriakan bagi meraikan Aidilfitri, minggu depan.
“YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail memahami penat lelah, usaha gigih dan pengorbanan JPKK selama ini, terutama ketika pandemik Covid-19 dan banjir yang melanda negeri ini.
“Oleh itu, beliau mengambil inisiatif memberikan Bantuan Khas Aidilfitri ini RM500 seorang,” katanya pada majlis sumbangan bantuan di Dewan Rasmi Menteri Besar Pahang di Teluk Sisiki. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN