Rezeki Aidilfitri buat 949 KIR di Pekan

Rezeki Aidilfitri buat 949 KIR di Pekan

PEKAN: Sekurang-kurangnya 949 Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah ini menerima Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan berjumlah RM2.38 juta, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, bantuan itu diberikan kepada KIR yang terjejas banjir pada Disember 2021 dan awal 2022 dengan setiap daripada mereka menerima RM2,500. 

“Semoga inisiatif ini dapat membantu rakyat terkesan banjir untuk membina semula kehidupan mereka,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang pada majlis penyampaian BBKA di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan baik pulih rumah yang disalurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Pejabat Pembangunan Negeri Pahang.

“Sembilan belas keluarga menerima sumbangan ini yang keseluruhannya berjumlah RM31,560,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN