PEKAN: Majlis Ugama Islam Pahang dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberi bot gentian kaca dan enjin bernilai RM5,000 sebagai sumbangan kepada nelayan sungai, Hairol Azman Mohd Yusof, 37 di Kampung Kuala Mentiga, di sini.
Hairol Azman berkata, dia bersyukur dengan bantuan berkenaan yang akan memberi lebih keselesaan kepadanya melakukan aktiviti menangkap ikan di sungai.
“Sebelum ini, saya menggunakan bot gentian kaca yang uzur dan untuk bergerak di sungai dan terpaksa mendayung.
“Impian memiliki bot gentian kaca dan enjin menjadi kenyataan selepas MUIP meluluskan permohonan saya,” katanya.
Majlis penyerahan bantuan berkenaan disempurnakan Pengurus MUIP Cawangan Daerah hPekan, Mohd Nasrul Hakim Mat Daud.
Moh Hasrul berkata, bantuan berkenaan berharap dapat menambahkan lagi kesungguhan Hairol Azman mencari rezeki untuk menyara keluarga. – MOHD IMRAN IZZAD