Rezeki buat mangsa banjir di Kampung Sekara

Rezeki buat mangsa banjir di Kampung Sekara

MARAN: Prihatin nasib penduduk Kampung Sekara di Chenor, dekat sini, yang terjejas akibat banjir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sentul, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin turun padang menghulurkan sumbangan makanan.

Beliau berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban dan menceriakan mangsa banjir.

“Pagi saya ke Kampung Sekara, Chenor, melihat keadaan di kawasan itu kerana mendapat khabar ada beberapa tempat yang rumah airnya masih termenung, tidak sempat kering.

“Hujan sejak beberapa hari ini pula menyebabkan air di pekarangan rumah mereka bertakung dan naik semula.

“Ada juga rumah yang airnya masuk semula ke dalam rumah. Oleh itu, saya sampaikan juga sedikit bantuan makanan kepada mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Shahaniza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang mendoakan agar mangsa banjir tabah dan ujian bencana tidak berlarutan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN