KUANTAN: Kira-kira 200 penduduk Kampung Chengal Lempong, di sini, menerima barang keperluan harian menjelang Aidilfirti.
Sumbagan disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid di Balai Raya Kampung Chengal Lempong, semalam.
Beliau berkata, bantuan barang keperluan harian itu hasil daripada sumbangan pelbagai pihak.
“Antara penyumbang ialah Kerajaan Pahang, Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan UMNO Bahagian Indera Mahkota.
“Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga ini meraikan Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN