Rezeki orang Kampung Jara

Rezeki orang Kampung Jara

MARAN: Tiga puluh individu yang dikategorikan golongan asnaf dan memerlukan menerima bantuan bakul makanan, semalam.

Bantua itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Maran, Dato’ Sri Dr Ismail Abd Mutalib menerusi Program Ramah Mesra.

Beliau berkata, program itu membabitkan sumbangan kepada asnaf fan golongan yang memerlukan di di sekitar kawasan Kampung Jara.

“Selain itu, saya juga berkesempatan menyampaikan sedikit cenderamata kepada jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Jara,” katanya.

Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berterima kasih kepada skuad Wanita Umno Kampung Jaya serta pemimpin setempat dan Skuad Bencana P086 Parlimen Maran. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN