Rezeki orang Taman Impian Perdana dan Desa Bistari

Rezeki orang Taman Impian Perdana dan Desa Bistari

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 260 barang keperluan disumbangkan kepada penduduk Taman Impian Perdana dan Desa Bistari, di sini, yang terjejas akibat banjir, akhir tahun lalu.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Dato’ Khairuddin Mahmud, hari ini.

Khairuddin berkata, sumbangan itu diharap menceriakan sedikit penduduk selepas dua taman terbabit ditenggelami air.

“Selain itu ia diharap dapat meringankan beban selepas penduduk di sini mengalami kerugian terutama kerosakan harta benda kesan daripada banjir terbabit,” katanya.

Taman Impian Perdana dan Desa Bistari antara yang terjejas teruk akibat banjir di daerah ini pada Disember 2021. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN