Rezeki pekebun sayur, pemandu lori terima RRP

Rezeki pekebun sayur, pemandu lori terima RRP

PEKAN: Seorang pekebun sayur dan pemandu lori, masing-masing menerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) bernilai RM65,000, kelmarin.

Majlis penyerahan kunci rumah itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chini, Mohd Sharim Md Zain.

“Alhamdulillah, selesai menyerahkan kunci RRP Fasa 2A daerah Pekan DUN Chini di Kampung Meragih, Kuala Mentiga dan juga di Kampung Terlang, Paloh Hinai.

“Di Kampung Meragih, penerimanya adalah Redzuan Mohd Zuki, seorang pekebun sayur dan pemandu lori, Rusmawi Jamal dari Kampung Terlang,” katanya.

Mohd Sharim berkata, RRP bernilai RM65,000 seunit itu diberikan kepada golongan memerlukan terutama mereka dalam senarai daftar eKasih.

“RRP dilancarkan pada 2020 atas keprihatinan Kerajaan Pahang untuk membantu golongan memerlukan memiliki rumah,” katanya.

Menerusi pelaksanaan fasa pertama, 98 unit RRP bernilai RM6.37 juta siap dibina dan diduduki. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN