Rezeki penduduk PAKR Pandan terima dapur gas, tong gas, toto

Rezeki penduduk PAKR Pandan terima dapur gas, tong gas, toto

KUANTAN: Semua penduduk di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Pandan, di sini yang terjejas banjir menerima tong dan dapur gas serta toto yang disumbangkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), hari ini.

Sumbangan itu disampaikan sendiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Adham Baba yang turun sendiri ke PAKR Pandan.

Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, berkata dengan pemberian itu diharap dapat meringankan beban mangsa banjir.

“Saya tahu, tong gas dan dapur adalah bahan asas yang menjadi keperluan mereka untuk makan setiap hari. Jadi, kalau mereka terima bakul makanan asas tetapi tiada dapur dan gas, tidak bermakna juga kerana tidak boleh memasak.

“Alhamdulillah sekarang dah ada dapur dan gas, boleh memasak untuk keluarga. Harap dapat kurangkan beban sedikit sebanyak, InsyaAllah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mohd Shahar yang juga Timbalan Menteri Kewangan I, juga berterima kasih kepada Adham dan agensi di bawah Mosti yang turut sama menjadi sukarelawan untuk mengagihkan sumbangan berkenaan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN

Ends/tony