Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com
TEMERLOH: Seratus keluarga Rumah Pangsa Jalan Karak, Mentakab, di sini, menerima sumbangan bakul makanan susulan kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 26 September lalu hingga 9 Oktober ini.
Sumbangan bakul makanan itu disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Temerloh , Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang.
Mohd Sharkar yang juga Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, berkata 100 bakul makanan itu disediakan untuk meringankan beban kepada keluarga terbabit.
“Saya juga sempat menyapa pasukan petugas barisan hadapan yang datang untuk menjalankan kaji selidik rumah ke rumah untuk tujuan ujian calitan kepada warga rumah pangsa ini dan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya.