Rezeki solat subuh 

Rezeki solat subuh 

KUANTAN: Masjid Ittifaqiah Taman Sri Inderapura (MITSI), di sini, menyediakan insentif RM5

kepada remaja yang datang menunaikan solat subuh berjemaah dan kemudian mendengar kuliah agama.

Pengerusi MITSI, Ideris Abu Bakar, berkata kempen kali pertama diperkenalkan itu antara lain bertujuan untuk menarik minat golongan muda supaya berminat datang ke masjid seterusnya menimba ilmu agama.

“Insentif disediakan pada setiap solat subuh Sabtu dan Ahad sepanjang cuti sekolah kali ini. Sambutan menggalakan. Ramai remaja datang menunaikan solat Subuh berjemaah kemudian mendengar kuliah agama.

“Kita bercadang untuk meneruskan pemberian insentif berkenaan setiap kali musim cuti sekolah,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD