Ringankan tulang, jom bantu mangsa bah

Ringankan tulang, jom bantu mangsa bah

KUANTAN: UMNO Paya Besar akan menganjurkan gotong-royong perdana bagi membantu mangsa banjir di Perumahan Awam Kos Rendah Bukit Rangin, Sabtu, 25 Disember. 

Timbalan Briged UMNO Paya Besar, Dato’ Mohd Zaili Besar berkata, orang ramai yang ingin turut serta diminta hadir ke lokasi terbabit pada 9.30 pagi.

Kanya, Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, akan turut sama dalam program itu.

Menurutnya, program berkenaan turut mendapat kerjasama pemimpin setempat, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), ALAM FLORA, sukarelawan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan.

Menurutnya, pengagihan sumbangan akan turut dilakukan dan orang ramai yang ingin membantu boleh tampil untuk berbuat demikian. – AJI YOP