RM10,000 KWSP satu perjuangan konsisten pemimpin UMNO

RM10,000 KWSP satu perjuangan konsisten pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR: Langkah membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah antara perjuangan konsisten pemimpin UMNO.  

Pembahas Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah, berkata ia adalah perjuangan parti berkenaan yang tidak putus membuat gesaan agar diluluskan oleh kerajaan.

“Ini adalah perjuangan daripada kepimpinan UMNO yang antaranya daripada Presiden, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan tidak ketinggalan juga bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak yang konsisten.

“Sampai ada orang kita cakap dalam Parlimen sebab apa lagi kena minta RM10,000 KWSP? Adakah ini tanda tidak hormat pada Perdana Menter. Ini bukan cerita tak hormat PM tapi ini cerita kehendak pada rakyat.

“Jadi apabila kehendak pada rakyat kita kena beritahu. Perdana Menteri adalah orang kita. Bukan tujuan kita tidak menghormati Perdana Menteri, tapi Alhamdulillah, akhirnya Perdana Menteri umum lulus RM10,000. Terima kasih PM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2021, di sini, hari ini. – UMNO Online