RM2.4 juta diperuntukkan 966 mangsa banjir di Raub

RM2.4 juta diperuntukkan 966 mangsa banjir di Raub

RAUB: Sekurang-kurangnya RM2.4 juta diperuntukkan kepada 966 mangsa banjir di Raub menerusi agihan wang tunai bantuan barangan keperluan asas (BBKA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dong, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, berkata BBKA adalah antara inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.

“Terima kasih YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Yaakob atas keprihatinan terhadap rakyat,  khususnya di daerah Raub ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

BBKA memperuntukkan RM2,500 kepada setiap ketua keluarga yang terkesan akibat banjir, baru-baru ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN