Roboh jambatan halang penguat kuasa musnah kebun

Roboh jambatan halang penguat kuasa musnah kebun

RTP online

Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Gambar Mohd Imran Izzad 

RAUB: Beberapa individu disyaki pekebun durian, menggunakan taktik merosakkan jambatan di laluan masuk ke kawasan kebun yang diteroka secara haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di sini, semalam. 

RAUB..Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat pemeriksaan kenderaan yang melalui jalan masuk ke Hutan Simpan Batu Talam berikutan Operasi Musnah durian Musang King.

Rancangan licik itu dipercayai bagi menyekat dan melengahkan usaha pihak berkuasa untuk melakukan kerja penebangan pokok durian ditanam di HSK berkenaan. 

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad berkata, empat lantai simen jambatan terbabit dirobohkan hingga memaksa kerja membaiki dilakukan secara gotong-royong, sekali gus menyebabkan pihaknya tidak dapat membuat operasi  penebangan.

RAUB..Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) terbabit memantau operasi musnah tanaman durian musang king di Hutan Simpan Batu Talam

Menurutnya, sebelum itu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berwarna putih dipercayai milik pekebun, menghalang laluan selepas mendakwa tayarnya bocor, namun ia hanya helah untuk melengahkan operasi.

“Anggota penguat kuasa  tiba di lokasi agak lewat berikutan terpaksa membaiki jambatan dengan cara mengangkat semula dua lantai simen jambatan yang dijatuhkan ke dalam anak sungai,” katanya, hari ini.

RAUB..operasi musnah durian musang king yang tanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam

Menurutnya, pembabitan anggota Unit Penguatkuasa JPNP Zon Pahang Barat dan Timur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Balai Tranum dan Unit Penguatkuasaan  Negeri Pahang melancarkan operasi musnah yang dianggap begitu mencabar buat semua petugas.

“Hari ini seramai 30 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara turut menyertai operasi musnah dan kehadiran mereka lebih menjamin keselamatan penguat kuasa yang menjalankan tugas,” katanya yang turut sama menyertai operasi berkenaan, semalam.

RAUB..kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menebang pokok  pada operasi musnah durian musang king yang tanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam.

Nor Azirim berkata, pihaknya bertindak tegas bagi memastikan aktiviti menceroboh HSK Batu Talam tidak terus berlaku pada masa akan datang.

“Kita terpaksa memusnahkan kebun durian Musang King seluas kira-kira 101 hektar yang tananam secara haram dalam HSK berkenaan,” katanya.

Tinjauan dalam kawasan berkenaan semalam mendapati, aktiviti menebang telah dilakukan kelmarin  membabitkan lebih 200 pokok durian Musang King, masih terdapat banyak lagi pokok raja buah itu yang akan dimusnahkan.