KUANTAN: Rumah setingkat separuh kekal musnah dalam kebakaran di Felda Bukit Sagu 2, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Pahang), Ismail Abdul Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.44 pagi.
Katanya, seorang pegawai dan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kebakaran bagi operasi pemadaman.
“Anggaran kemusnahan 100 peratus dan tiada kemalangan jiwa. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN