KUANTAN: Ibu bapa dan guru perlu memainkan tanggungjawab yang berkesan untuk mendidik anak cemerlang.
Justeru, Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, berkata semua pihak perlu berganding bahu menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi mencapai kecemerlangan.
Katanya, pendekatan seumpama itu akan melahirkan sikap positif anak-anak yang dibentuk di rumah dan sekolah.
“Sebagai ibu bapa dan guru, kita perlu jadi luar biasa untuk mewujudkan anak-anak yang luar biasa sikapnya.
“Kita perlu sentiasa optimis dalam melihat masa depan anak-anak terutama yakin dengan kemampuan anak kita di rumah,” katanya di Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-46 Sekolah Kebangsaan (Felda) Sungai Panching Utara, di sini, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN