Rumah Terbuka Aidilfitri Meriah, Erat Hubungan Kaum

Temerloh 22 April 2024 (FIKRAH PAHANG)- Kira-kira 10,000 menghadiri Majlis Silaturahim dan Jamuan Hari Raya Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang di Dewan Terbuka Dataran Sri Ketumbit, Kerdau malam tadi.

Exconya, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menerusi hantaran di Facabooknya berkata,pelbagai juadah disajikan menerusi lebih 10 gerai makanan antaranya nasi minyak, satay , ketupat , rendang dan berbagai lagi pada majlis yang bermula 8.30 malam itu.

“Majlis ini merapatkan silaturahim dan menyatu padukan masyarakat, selain disajikan pelbagai juadah hari raya, para tetamu juga dihiburkan oleh kumpulan nasyid Raihan”katanya.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Exco Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Leong Yu Man, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Dato’ Abdul Walid Haji Abu Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Dr. Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz.


Oleh : Kabhi Ismail