Rumah Terbuka MB Simbol Perpaduan Kaum

KUANTAN 22 April 2023 (Fikrah Pahang) Penganjuran rumah terbuka YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail diserikan lagi dengan kehadiran Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dewan Bandaraya Kuantan (MBK).

Menerusi catatan di Facebook rasminya,beliau berkata, penganjuran rumah terbuka itu menyaksikan kehadiran masyarakat daripada pelbagai kaum yang membuktikan semangat perpaduan kaum di negeri ini.

” Saya juga merakamkan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang sudi hadir ke Rumah Terbuka ini. Malah, saya turut merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh rakyat negeri ini yang meluangkan masa menghadiri Rumah Terbuka ini yang melibatkan pelbagai latar belakang kaum dan agama. Sesungguhnya kehadiran pelbagai kaum ini memperlihatkan perpaduan antara kita terus terjalin dengan erat dalam sangat keharmonian yang kukuh dan bersatu padu”.


oleh :Kabhi Ismail