Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
TEMERLOH: Nasib seorang orang kurang upaya (OKU), Azri Anuar dari Kampung Paya Terap, di sini, yang rumahnya dalam keadaan uzur mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Dato Nor Azmi Mat Ludin.
Ketika meninjau keadaan rumah Azri itu kelmarin, Nor Azmi menyatakan kesediaannya untuk menghulurkan bantuan terutama membaik pulih kediaman berkenaan.
“Saya sempat melihat keadaan bahagian dapur yang begitu uzur dengan atap dan kayu yang sudah reput.
“Insya-Allah, saya cuba bantu sebaik mungkin untuk membaik pulih supaya penghuninya dapat duduk dengan selamat dan selesa,” katanya menerusi Facebook.
Turut sama, Penghulu Mukim Perak II, Khalid Hussein dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Pamah Kasih Mohd Fozi Hasan.