Sambutan Hari Hutan Antarabangsa di Lipis 

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa di Lipis 

LIPIS: Persiapan sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di Hutan Simpan Tanum, di sini, berjalan lancar.

Majlis pelancaran bakal disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.

YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Indera Mohd Ridza Awang, dijangka hadir. 

Pegawai Hutan Daerah (PHD) Lipis, Nor Shahrini Nordin Ahmad berkata, untuk menceriakan program tetamu kehormat akan menanam pokok spesies merbau, tampoi, belimbing buluh dan kundang.

“Pengunjung turut berpeluang menyaksikan pameran disediakan Unit Hutan Lipur dan Unit Memanjat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP),” katanya. 

Menurutnya, lebih 300 tetamu dijangka menghadiri program itu membabitkan wakil agensi kerajaan dan komuniti setempat. – MOHD IMRAN IZZAD