Sasar 5 pingat emas acara silat SUKMA Kuala Lumpur

Sasar 5 pingat emas acara silat SUKMA Kuala Lumpur

PERSATUAN Silat Negeri Pahang (Pesaka Pahang) menyasarkan lima pingat emas  pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Lumpur, pada 29 September hingga 8 Oktober depan.

Yang Dipertua Pesaka Pahang, Dato’ Md Sohaimi Mohamed Shah, berkata sasaran itu disandarkan kepada 32 pesilat. 

“Kita akan menyertai 18 kategori silat olahraga dan 14 silat seni yang mempertaruhkan sebahagian besar pesilat yang kali pertama beraksi di SUKMA,” katanya.

Beliau berkata kepada media pada Majlis Santapan Amal Diraja Pesaka Pahang dan Anugerah Selempang Pendekar Guru-Guru Silat Pahang, di Kuantan, semalam.

Pada majlis itu, 38 guru persilatan daripada 125 persatuan silat di Pahang menerima Anugerah Selempang daripada KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir, YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada Sukma 2018, skuad silat Pahang membawa pulang enam emas. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN