KETUA kontinjen Pahang, Dato’ Hamdan Hussin berharap atlet tidak terlalu memikirkan imbuhan kejayaan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, pada 16-24 September ini.
“Jangan meletakkan imbuhan sebagai misi utama sebaliknya memberi sepenuh tumpuan bagi meraih pingat. Berusahalah sedaya upaya untuk meraih pingat emas,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan jersi bakal akan digunakan pasukan hoki Pahang di Stadium Hoki Kuantan, semalam, yang turut disaksikan jurulatih Pahang, Mohd Sufian Mohamad dan penolongnya, Ismail Abu.
Hamdan berkata, kerajaan negeri ada menyediakan peruntukan khas kepada atlet Pahang yang berjaya membawa pulang pingat tapi usahlah terlalu memikirkannya dan berilah tumpuan kepada usaha meraih kejayaan. – MOHD IMRAN IZZAD