Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
pic Mustaffa Kamal
KUANTAN: Pengguna yang mengunjungi Pasar Besar Kuantan, di sini, didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Tinjauan di pasar itu, hari ini, mendapati pengguna dan peniaga memakai pelitup muka, ada penjarakan fizikal dan mengimbas aplikasi MySejahtera.
Suri rumah, Kamisah Ismail, 49, berkata beliau berpuas hati dengan langkah yang dilakukan pengurusan Pasar Besar Kuantan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19.
Katanya, pelaksanaan SOP terutama pematuhan daripada segi pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal pasar mengikut SOP.
“Saya berasa lebih selamat dan percaya pematuhan ini akan membantu menyekat penularan wabak terbabit,” katanya.
Sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pasar Besar Kuantan beroperasi dari 6 pagi hingga 2 petang setiap hari manakala tutup pada cuti umum.