PEKAN: Seorang pemilik beca menggunakan kira-kira 20 Jalur Gemilang pelbagai saiz untuk menghiasi pengangkutannya itu bagi melahirkan kecintaan terhadap negara menjelang Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini.
Sazali Yussoff, 62, berkata menghiasi beca dengan Jalur Gemilang dilakukannya setiap kali dalam Bulan Kemerdekaan sejak 2019.
“Beca saya pasti mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang melihatnya ketika menyusuri jalan di sekitar bandar Pekan,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD