PEKAN: Buah kabung sira berwarna biasanya hanya muncul setiap kali Ramadan apabila dijadikan sebagai pencuci mulut ketika berbuka puasa dan Pekan memang terkenal dengan produk itu.
Oleh itu, Muhammad Iqbal Haziq Zulkafli, 14, tidak melepaskan peluang itu sehinggakan mampu menjual di antara 20 dan 30 bungkus buah kabung berwarna di warung tepi di depan rumahnya di Jalan Kampung Pulau Jawa, pada kira-kira 3 petang setiap hari.
“Sebungkus kabung berwarna merah dan hijau yang disira dengan gula hanya RM5. Ada juga kabung yang tidak disira.
“Bekalan diperoleh daripada penduduk Kampung Pulau Rumput, di sini,” kata pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya, di sini.
Muhammad Iqbal Haziq berkata, buah kabung dijadikan hidangan berbuka puasa yang dicampur dengan ais selain di minum suam. – MOHD IMRAN IZZAD