Selangor, KL terus catat penurunan kes COVID-19

Selangor, KL terus catat penurunan kes COVID-19

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jumlah kes harian COVID-19 mula menunjukkan penurunan apabila 17,672 kes direkodkan hari ini iaitu kurang 2,315 kes berbanding 19,807 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1.57 juta kes.

Katanya, Selangor masih kekal dengan jumlah tertinggi iaitu 4,316 kes, diikuti Sabah dengan 2,474, Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Johor (1,367), Kelantan (1,176) dan Perak (952).

“Kuala Lumpur pula merekodkan 891 kes, Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (tujuh),” katanya menerusi Facebook, hari ini.