Selangor masih mendahului carta kes harian COVID-19 paling tinggi

Selangor masih mendahului carta kes harian COVID-19 paling tinggi

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jumlah kes harian COVID-19 menunjukkan penurunan iaitu 19,807 kes hari ini, berbanding 22,262,  semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1.55 juta kes.

Katanya, Selangor kekal sebagai penyumbang utama iaitu sebanyak 5,379 kes, diikuti Sabah dengan 2,638 kes, Kedah (1,948), Sarawak (1,772)  Pulau Pinang (1,501) dan Johor (1,391).

“Kelantan pula merekodkan 1,196 kes), Kuala Lumpur (999), Perak (703), Pahang (598), Melaka (558),Terengganu (534), Negeri Sembilan (508), Perlis (54), Putrajaya (24) dan Labuan (empat),” menerusi hantaran di Facebook, hari ini.