Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Jumlah kes baharu COVID-19 menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 22,070 kes hari ini, berbanding 24,599 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penambahan jumlah itu menjadikan keseluruhan 1.66 juta kes.
“Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 5,920 kes diikuti Sabah dengan 3,010 kes, Sarawak (2,224), Kedah (2,072), Pulau Pinang (1,829), Johor (1,809), Kuala Lumpur (1,068) dan Kelantan (1,051).
“Perak pula merekodkan 939 kes, Pahang (610 kes), Melaka (589 kes), Terengganu (488 kes), Negeri Sembilan (338 kes), Perlis (76 kes), Putrajaya (39 kes) dan Labuan (lapan),” katanya menerusi Facebook, hari ini.