Semarak Syawal Pasar Tani UTC meriah

Semarak Syawal Pasar Tani UTC meriah

KUANTAN: Kira-kira dua ribu warga Pahang mengunjungi Pasar Tani UTC Kuantan sempena Program Jualan Semarak Syawal, di sini, hari ini.

Pengarah FAMA Pahang, Saiful Sadri berkata, kehadiran pengguna seawal pagi menyebabkan berlaku sedikit kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

Menurutnya, difahamkan kira-kira 70 lembu tempatan disediakan oleh beberapa peniaga bagi memenuhi permintaan pengguna dengan harga yang berpatutan.

“Pelbagai jenis sayur, buah-buahan, ayam dan ikan segar disediakan dengan harga lebih rendah berbanding sebelum ini.

“Permintaan terhadap serai, lengkuas, kunyit hidup dan asam keping yang menjadi bahan memasak hidangan Aidilfitri juga menggalakan,” katanya.

Beliau berkata, lemang, ketupat palas dan pelbagai kuih raya tradisional dan moden juga mendapat tempat di kalangan pengguna. 

Saiful berkata, enam program Jualan Semarak Syawal diadakan di Pahang sepanjang empat hari bermula pada 29 April lalu. – MOHD IMRAN IZZAD