KUANTAN: Pemberian Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) dan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang kepada murid dan pelajar yang layak bertujuan mengelak anak Pahang tercicir dalam mendapatkan pelajaran.
Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid, berkata biasiswa boleh digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan.
“Semoga BSR dan BSM akan menjadi pemangkin kepada anak-anak untuk menjadi insan hebat, berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi bukan sahaja di dunia, malah di akhirat,” katanya.
Mustaffar Kamal berkata demikian pada majlis penyampaian BSR dan BSM Yayasan Pahang kepada 1,474 murid dan pelajar bagi DUN Semambu di Dewan Badminton Cenderawasih Timur, di sini, semalam. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN