TEMERLOH: Keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap masalah rakyat dibuktikan menerusi pembinaan tebatan banjir di tebing Sungai Semantan.
Apabila siap projek itu, semua rumah di sekitar kawasan rendah sepanjang sungai itu
tidak lagi akan digenangi air dan penduduk tidak perlu untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir.
Calon BN bagi Parlimen Temerloh, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata pembinaan tebatan itu sudah pun dimulakan dan dijangka siap dalam setahun dua lagi.
“Kerajaan Pahang telah mendapat peruntukan RM1.08 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk kos pembinaan keseluruhan tembok atau benteng penahan limpahan air sungai itu yang bermula di Raub, Bentong, Lanchang, Mentakab dan sehinggalah Bera.
“Untuk kawasan di Temerloh sahaja kira-kira RM400 juta diperlukan. Sehingga ini, kira-kira RM50 juta sudah dibelanjakan untuk projek itu,” katanya dalam lawatannya di Kampung Gantok.
Mohd Sharkar berkaya, pembinaan benteng itu adalah projek jangka panjang dan ia sudah dirancang bagi membantu penduduk, terutama Kampung Batu Kapur, Mentakab, yang akan memang akan terjejas teruk apabila musim tengkujuh.