Semua rakyat layak terima bantuan Kerajaan Pahang

Semua rakyat layak terima bantuan Kerajaan Pahang

LIPIS: Kebajikan masyarakat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku, di sini, tidak pernah diabaikan oleh barisan pemimpin UMNO di semua peringkat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Dato’ Mustapa Long berkata, beliau bertuah apabila mendapat sokongan akar umbi dalam menjayakan setiap program rakyat seperti aktiviti bantuan dan ziarah.

Menurutnya, antara bantuan yang diberikan terdiri daripada peralatan kesihatan seperti kerusi roda, tongkat untuk pesakit kronik dan warga emas.

“Saya bertuah dapat sokongan padu pasukan Kebajikan dan JR Wanita DUN Padang Tengku yang diketuai Dato’ Siti Fatimah Yahya, Ketua Wanita UMNO Bahagian Lipis dan Ketua Wanita UMNO Cawangan DUN Padang Tengku.

“Meneuris satu program ziarah dan menyantuni warga emas, tiga individu di Rumah Banjir Padang Tengku dan Kampung Kuala Telang menerima bantuan,” katanya, di sini.

Beliau berkata, semua peringkat rakyat layak menerima bantuan disediakan kerajaan Pahang tanpa mengira fahaman politik. – MOHD IMRAN IZZAD