Senyuman penanam tembikai selepas murung dua tahun 

Senyuman penanam tembikai selepas murung dua tahun 

KUANTAN: Rezeki kira-kira dua puluh pekebun tembikai Kampung Ubai, di sini, kembali ceria apabila hasil pertanian mereka kini sudah mula dapat dipasarkan selepas dua tahun terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pekebun, Ain Izuadin Mohd Ghazali, 27, berkata dia bersyukur hasil pertanian kali ini terutama tembikai Kampung Ubai sudah mula dapat dipasarkan seperti biasa.

Menurutnya, pekebun mampu menarik nafas lega apabila pemborong kembali menerima tembikai.

“Ada juga pekebun menjual tembikai di tepi Jalan Kuantan-Pekan iaitu pemandangan lama setiap kali musim tembikai. Kerugian sebelum ini sedikit terubat,” katanya.

Menurutnya, dia menanam tembikai di kawasan lebih 1.6 hektar dan hasil mula keluar berperingkat akhir bulan lalu.  – MOHD IMRAN IZZAD