‘Sepatutnya sokonglah saya’, kata Ismail Sabri

‘Sepatutnya sokonglah saya’, kata Ismail Sabri

BERA: Banjir tidak harus dijadikan alasan untuk tidak bersetuju dengan pembubaran Parlimen dan memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).  

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembubaran dilakukan untuk memastikan pembentukan kerajaan yang lebih stabil.

Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjadi parti dominan untuk menubuhkan kerajaan Pusat yang kukuh. 

Ismail Sabri juga mempersoalkan kenapa pembangkang marah bila Parlimen dibubarkan sedangkan sebelum ini memperlekehkan pentadbiran yang ada ini sebagai kerajaan tebuk atap, kerajaan tebuk dinding, kerajaan pintu belakang. 

“Sepatutnya, sokonglah saya supaya kita beri peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan tidak diragui keabsahannya,” katanya ketika merasmikan mesyuarat sayap Bahagian UMNO-Pemuda Wanita dan Puteri, di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Ismail Sabri dalam ucapannya UMNO Bera bekerja keras bagi memastikan kerusi Parlimen Bera dipertahankan dengan majoriti lebih besar dalam PRU15.

“Semua mata tertumpu di Bera. Semua orang pandang Bera, ini Parlimen Perdana Menteri. “Dalam Malaysia ini, seorang saja Perdana Menteri, jadi semua orang tengok, kita perlu menang (majoriti) besar,” katanya. – HUSIN IBRAHIM