Seramai 700 penduduk PPR Pak Mahat terima sumbangan barangan dapur

Seramai 700 penduduk PPR Pak Mahat terima sumbangan barangan dapur

Fath Ahnaf

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN : Seramai 700 penduduk Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra, di sini, menerima sumbangan barangan keperluan asas daripada kerajaan negeri, baru-baru ini.

  Sumbangan terbabit disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar dan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato’ Sri Ab Hamid Nazahar kepada wakil aras setiap blok di PPRS berkenaan.

KUANTAN Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk SerI Abdul Hamid Nazahar (kanan) ketika menyampaikam sumbangan kepada penduduk PPRS Pinggiran Putra, di sini.

  Ab Hamid berkata, sumbangan daripada Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail itu adalah bagi membantu meringankan beban penduduk PPRS Pinggiran Putra ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) baru-baru ini.

  “Kebanyakan penduduk di situ terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya.

  Sementara itu, beberapa bantuan lain turut disampaikan pada hari sama termasuk bantuan kepada pesakit jantung berlubang, Siti Nuraysa Asmadi yang perlu menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

KUANTAN ADUN Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar (tiga dari kiri) bersama Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk SerI Abdul Hamid Nazahar (empat dari kiri) ketika menyampaikam sumbangan kepada penduduk PPRS Pinggiran Putra, di sini.

  Abd Hamid berkata, sumbangan wang tunai itu adalah bagi menampung sebahagian kos termasuk kos perjalanan adik Siti Nuraysa untuk mendapatkan rawatan di IJN.

  “Kita juga menyampaikan sumbangan Menteri Besar kepada tiga penerima yang mengalami masalah kesihatan serius dan satu bantuan membaik pulih rumah penduduk,” katanya.