Seratus sukarelawan cuci kesan banjir di SK Temai

Seratus sukarelawan cuci kesan banjir di SK Temai

PEKAN: Kira-kira seratus guru, keluarga murid dan penduduk kampung bergotong-royong membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, di sini, yang terjejas akibat banjir, minggu lalu. 

Gotong-royong anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan dan SK Temai itu turut disertai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pekan serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pekan.

Pegawai PPD Pekan, Mohd Razali Mustafar berkata kejadian banjir kali ini tidak seburuk sebelum ini walaupun ‘air termenung’ lebih seminggu dalam kawasan sekolah.

“Boleh dikatakan setiap tahun banjir di daerah ini. Kerjasama membersihkan SK Temai membabitkan pelbagai pihak bertujuan dapat meringankan beban pengurusan sekolah,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD