Seronok duduk di Kuantan, banyak kemajuan dibawa kerajaan pimpinan Tok Wan

Seronok duduk di Kuantan, banyak kemajuan dibawa kerajaan pimpinan Tok Wan

KUANTAN: “Kami bersyukur dapat pemimpin yang sentiasa mengutamakan kestabilan ekonomi, politik, agama, kemudahan asas, sosial, pendidikan dan kebajikan rakyat.

“Malah, sentiasa proaktif  memajukan kawasan yang agak ‘sendu’,” kata peniaga, Syed Ahmad Bahtiar Syed Abu Bakar, 41, yang turut mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, yang aktif memajukan Kuantan dan seluruh negeri sejak mentadbir  Pahang. 

Syed Ahmad Bahtiar Syed Abu Bakar, 41.

“Sejak dinaik taraf sebagai bandar raya, Kuantan semakin pesat membangun dan banyak kemajuan yang dicapai seperti pembinaan Menara Kuantan 188, Arts Street, Laman Teruntum Serambi Teruntum sehingga menjadikan daerah ini sebagai lokasi tumpuan pelancong.

“Selain itu, beliau juga memperkenalkan banyak projek perumahan untuk membantu masyarakat yang tidak mempunyai rumah di permudahkan urusan mendapat rumah sendiri,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Noordeyana Mohd Rashdi,39.

Noordeyana Mohd Rashdi, 39, pula berkata, Tok Wan dan ‘tenteranya’ begitu giat memaju dan membangunkan Kuantan dalam pelbagai aspek sehingga menjadi lokasi tumpuan pelancong.

“Selain itu, beliau dan kerajaan negeri banyak menyalurkan bantuan dan sokongan kepada kepada rakyat yang berdepan dengan musibah banjir dan bencana lain,” katanya.

Rosliah Mahamud, 62.

Pesara guru, Rosliah Mahamud, 62, bersyukur kerana berpeluang menikmati kemajuan yang dicapai malah kagum dengan usaha tanpa henti YAB Menteri Besar.

“Banyak kemajuan dicapai dan saya yakin Kuantan akan terus membangun di bawah kepimpinan Tok Wan bersama anak buahnya,” katanya. – NUR HANNAH KHADIJAH