KUANTAN: Lima puluh lapan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di lapan daerah negeri ini tetap menggalas amanah walaupun rumah mereka dilanda banjir, pada akhir tahun lalu.
Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, kakitangan JKM tetap menjalankan tugas menguruskan PPS walaupun dalam keadaan yang kurang selesa.
“Ramai kakitangan JKM yang menetap di Kuantan, Bentong, Temerloh, Bera dan Jerantut mengalami kerugian besar apabila rumah mereka dilanda banjir sehinggakan ada antara kediaman mereka tenggelam sehingga paras bumbung,” katanyam ketika dihubungi, di sini hari ini.
Mohd Nor Sabri Abdul Ghafar, 40, berkata beliau tetap bertugas di depoh simpanan barang JKM di Kampung Tiram walaupun rumahnya ditenggelami banjir, pada 19 Disember lalu.
“Selepas menghantar anak dan isteri ke PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Isap, saya meneruskan tugas yang diberikan.
“Rumah saya di perumahan Bukit Rangin Perdana Dua dilanda bah sehingga paras lutut. Saya reda dengan apa yang berlaku dan yakin ada hikmah disebalik musibah berkenaan,” katanya yang kerugian lebih RM10,000,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD