KUANTAN: Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang, Dato’ Abdul Wahab Mohamad Ali meninggal dunia, hari ini,
Abdul Wahab, 61, meninggal dunia dipercayai menghidap kanser darah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, pada 5.42 petang.
Sepanjang perkhidmatan, Allahyarham pernah berkhidmat dengan tiga Menteri Besar Pahang iaitu Tun Mohd Khalil Yaakob, Dato’ Sri Adnan Yaakob dan Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Allahyarham memulakan kerjaya sebagai Pegawai Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada 1984.
Pada 1989, Alllahyarham bertukar ke Biro Pahang sebagai Pewarta Pahang sebelum kembali ke ibu pejabat BERNAMA sebagai Penolong Editor Meja Berita pada 1994.
Pada 1 Julai 1995, Allahyarham dilantik secara pinjaman sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang dan bersara pilihan pada 2006.
Selepas itu, Allahyarham meneruskan perkhidmatan sebagai Setiausaha Akhbar sehingga akhir hayatnya.
Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Indera Mahkota 5 dan akan dikebumikan selepas Maghrib. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN