Kuantan 26 April 2023 (Fikrah Pahang) YAB menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengucapkan selamat bersara kepada Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak .
“Selama empat tahun, tiga bulan dan 18 hari Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak telah menabur jasa sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang dan 34 tahun mencurahkan bakti sebagai penjawat awam”.
“Malah, sepanjang tempoh itu juga beliau merupakan antara figura penting atas segala pencapaian cemerlang Negeri Pahang sejak saya menjadi Menteri Besar, terima kasih atas segala sumbangan yang telah dicurahkan selama ini dan saya berharap semoga Dato’ Sri diberikan kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa ceria di samping keluarga.” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.
Dalam pada itu, Dato’Sri Dr Sallehuddin Ishak diraikan pada majlis ringkas persaraan beliau yang dihadiri ketua-ketua jabatan dan kakitangan pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Graduan daripada Universiti Malaya ini telah memulakan kerjayanya pada tahun 1986 sebagai Penolong Pegawai Daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang “Land Economy” dari University of Aberdeen, United Kingdom kemudian memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang “Urban Studies” dari University of Glasgow, Scotland
Oleh: Hariz Mustafa