Shahaniza seronok melihat ikan berenang bebas di Lubuk Yu

Shahaniza seronok melihat ikan berenang bebas di Lubuk Yu

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

MARAN: Kira-kira sembilan ribu benih anak lampam dilepaskan dalam Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum dan Penyerahan Bantuan Benih Ikan kepada Penternak Akuakultur Daerah Maran di Taman Eko Rimba Lubuk Yu, di sini. 

Majlis pelepasan itu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin. 

Program bertujuan memulihkan sumber perikanan di kawasan pelancongan itu. Hadir sama Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar dan Pegawai Daerah Maran, Sharuddin Jali.

MARAN. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin melepaskan benih ikan lampam di Taman Eko Rimba Lubuk Yu, Maran.

Menerusi hantaran di Facebook, Shahaniza menyatakan keseronokannya apabila melihat ikan berenang bebas di Taman Eko Rimba Lubuk.

“Seronok melihat anak-anak ikan berenang bebas menari-nari di dasar air yang jernih. Ada seekor yang timbul seakan tidak bernyawa. Saya lantas mengambil anak ikan itu dan merendamnya di dalam sungai sambil mengusap lembut insangnya. 

“Takdir Tuhan, mulutnya mula terbuka untuk bernafas dan saya lihat ekornya mula bergerak. Saya terus memicit insang anak ikan tersebut, hingga ia berenang dari tapak tangan saya untuk bersama rakan-rakan yang lain,” katanya.