Shahar layan mesej pengundi di media sosial

Shahar layan mesej pengundi di media sosial

KUANTAN: Penyandang kerusi Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram sebagai satu caranya berkempen.

Katanya, adalah penting menggunakan media sosial sebagai satu kaedah dalam menyantuni pengundi terutama golongan muda yang suka berinteraksi menggunakan cara itu.

“Saya juga menerima aduan di Facebook. Contohnya, ada penduduk menyampaikan aduan melalui media sosial memberitahu Klinik Kesihatan Paya Besar tidak selesa. Saya akan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.. – NUR HANNAH KHADIJAH