Sidang DUN Pahang 29 Disember ini

Sidang DUN Pahang 29 Disember ini

KUANTAN: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang bagi penggal baharu akan berlangsung di Wisma Sri Pahang, 29 Disember ini.

YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata persidangan itu bagi melantik Speaker dan Timbalan Speaker DUN yang baharu.

“Dalam pemikiran (pertimbangan),” jelas beliau ringkas ketika ditanya sama ada sudah mempunyai calon untuk kedua-dua jawatan itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan portfolio 10 EXCO Kerajaan Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai perkara itu, beliau berharap setiap EXCO yang terdiri daripada lapan Ahli DUN (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua Pakatan Harapan (PH), dapat mengenepikan perbezaan ideologi politik dan berganding bahu bekerja untuk kesejahteraan rakyat Pahang. – HELMY ABD RAHMAN