Oleh Fikrah Pahang
fikrahpahang@gmail.com
KUANTAN: Hanya 2.8 peratus kadar vaksinasi penuh populasi dewasa diperlukan bagi menarik balik larangan merentas negeri.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia di portal covidnow.moh.gov.my, 20,418,495 atau 87.2 peratus populasi dewasa Malaysia selesai menjalani suntikan vaksin Covid-19.
Pada 22 September lalu, YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Yaakob, dipetik berkata rakyat akan dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.
Ismail Sabri dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya.
Sementara itu, pada 23 September lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dipetik berkata kebenaran rentas negeri tidak akan mengundang peningkatan kes jika liputan vaksinasi negara sudah mencapai 90 peratus.
Beliau berkata, lonjakan kes penularan jangkitan dalam kalangan masyarakat berpunca daripada pengumpulan.