KUANTAN: Parit di Taman Makmur Mahkota Jaya, di sini, akan diperbesarkan manakala benteng lebih kukuh bakal dibina dalam dalam usaha mengatasi banjir di kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Dato’ Abd Rahim Muda berkata, tindakan itu sebagai langkah awal untuk memastikan penduduk berasa lebih selamat apabila tiba musim tengkujuh.
“Di taman ini, terdapat 169 rumah dan banjir dah dua kali berlaku tahun ini iaitu pada Januari dan Disember ini. Penduduk merungut kerana bimbang dengan keselamatan. Oleh itu, mereka meminta tindakan dilakukan untuk mengatasi masalah banjir di taman ini,” katanya.
Abd Rahim berkata demikian selepas meninjau keadaan Taman Makmur Mahkota Jaya, di sini, yang dilanda banjir sehingga 1.5 meter pada 19 Disember lalu.
Taman perumahan berkenaan ditenggelami air kira-kira 0.5 meter, pada 5 Januari lalu. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN