SK Seri Terentang johan Pesta Pantun Kebangsaan 2021

SK Seri Terentang johan Pesta Pantun Kebangsaan 2021

KUANTAN: Sekolah Kebangsaan Seri Terentang (SKST), Pekan, muncul johan Johan Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan Sekolah Rendah 2021.

Pencapaian itu hasil usaha lima pemantun iaitu Nurul Ain Fairuz, Ahmad Ibrahim, Nur Raudhah Irdina, Ikhwan Hafidz dan Fahimul Fawwaz.

Lebih menggembirakan, Nurul Ain turut dinobatkan sebagai pemantun terbaik kebangsaan.

Kejayaan itu dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menerusi hantaran Facebook miliknya, hari ini.

“Sesungguhnya kejayaan ini amat membanggakan Kerajaan  Pahang, YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Sri Najib Razak dan saya sendiri selaku ADUN Bebar.

“Mereka telah mengharumkan nama Pahang, daerah Pekan, Bebar dan juga Kampung Permatang Pauh.

“Insha-Allah, saya akan menyampaikan sumbangan kepada semua peserta pantun SKST sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan cemerlang mereka,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN