PEKAN: Kerajaan Pahang menyumbangkan pelantar terapung kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Temai dan SK Pulau Manis, di sini, bagi menghadapi bencana banjir.
Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Mohd Razali Mustafar, berkata sekolah itu dipilih kerana sering banjir di samping dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS.
“Pelantar terapung akan dapat memudahkan mangsa banjir untuk berpindah daripada perahu ke tingkat dua bangunan sekolah.
“Kedudukan pelantar terapung mengikut paras air, laluan ke bangunan menjadi lebih mudah dan selamat,” katanya, di sini, hari ini. – MOHD IMRAN IZZAD