SKJP nak cari kawasan khas si bulus

SKJP nak cari kawasan khas si bulus

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang ( SKJP) bercadang untuk mewujudkan kawasan khas untuk kucing jalanan, tahun depan.

Pengerusi Kelab SKJP, Jurina Abdul Radi, berkata pihaknya merancang mewujudkan hentian kucing itu di kawasan tumpuan seperti di Benteng Sungai Kuantan, berhampiran Tanjung Api, Taman Gelora, Pantai Teluk Cempedak dan Batu Hitam. 

“Di tempat berkenaan akan dibina bumbung bagi membolehkan kucing makan dan minum, sekaligus mengelak pencemaran pusat peranginan,” katanya pada program pemandulan perdana 50 kucing jantan jalanan di Indera Mahkota, di sini, semalam. 

Menurutnya, program pemandulan kucing julung kali diadakan merupakan inisiatif pihaknya bagi mengawal pembiakan kucing jalanan yang dilihat semakin bertambah terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Program mendapat Kerjasama Pasukan Tindakan Cemas Malaysia, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Angkatan Pertahanan awam Malaysia (APM). 

Jurina berkata, pihaknya berjaya mengumpul kira-kira RM18,000 bagi menyelamatkan kucing jalanan sepanjang tempoh PKP dan semua wang itu digunakan bagi menyediakan makanan dan rawatan bagi kucing dan anjing jalanan.